SHUTTER SPEED
Kelajuan shutter bermakna sebanyak mana cahaya masuk
ke dalam kamera mengikut kadar masa atau kelajuannya.Secara lojiknya,kelajuan
yang pantas akan mendedahkan sedikit cahaya dan boleh memberhentikan atau
mengkakukan sesuatu pergerakkan.Kelajuan yang lemah atau kurang,akan
mendedahkan lebih banyak cahaya.Ia tidak sesuai untuk mengkakukan sesuatu
pergerakan kerana kelajuannya akan mengaburkan pergerakn objek
tersebut.Sekiranya anda mahu memberhentikan larian seorang atlet,penunggang
basikal atau apa sahaja objek yang bergerak,gunakan kelajuan yang pantas atau
tinggi.Jika mahukan kesankhas pada gambar anda,gunakan kelajuan yang
rendah.Sekiranya anda memegang kamera dan tidak menggunakan tripod,gunakan
kelajuan shutter yang kepantasannya tidak kuran daripada 1/jarak focus
lensa.Jarak fokul lensa ialah ukuran panjang lensa.Sekirannya menggunakan lensa
50mm,kelajuan minimum shutter ialah 1/60 saat.Peringatan ini adalah untuk
mengelakkan kekaburan gambar yang diambil.

No comments:
Post a Comment