NUFF

Friday, 7 April 2017

composition



KOMPOSISI FOTOGRAFI
DEFINISI KOMPOSISI :KOMPOSISI = SUSUNAN, dalam bahasa seni rupa dan fotografi komposisi bererti susunan gambar dalam batasan satu ruang (Soelarko, 1990:19).
KOMPOSISI secara sederhana diertikan sebagai cara menata elemen-elemen dalam gambar, elemen-elemen ini mencakup garis, shape, form, warna, terang dan gelap (Sanyoto, 2004).
KOMPOSISI adalah susunan objek foto secara keseluruhan pada bahagian  gambar, sehingga objek menjadi pusat perhatian (FOI=Focus of Interest) (Veriasa, 2006).
CIRI-CIRI  PEMBENTUKAN  KOMPOSISI  DALAM FOTOGRAFI :
GARIS/LINE
Adalah kumpulan dari titik-titik yang sekata dan tidak sekata. Jurugambar yang baik menggunakan garis pada karya-karya mereka untuk membawa perhatian pemerhati pada subjek utama. Garis juga dapat menimbulkan kesan kedalaman dan memperlihatkan gerakan pada gambar. Apabila garis-garis itu sendiri digunakan sebagai subjek, yang terjadi adalah gambar-gambar menjadi menarik perhatian. Garis memberi kesan seolah objek membawa mata keluar dari gambar.




KONTRA/CONTRA
Kontra merupakan perbezaan yang sangat besar dari satu nada (bentuk dan warna) dengan yang lain. Foto yang terdiri dari hitam pekat dan putih murni saja adalah gambar yang sangat berbeza. Foto yang terdiri daripada perbezaan nada-nada ketara dikatakan kontra (hard), sedangkan sebaliknya foto yang menyajikan nada-nada berdampingan dikatakan lembut (soft).





TEKSTUR
Tekstur dapat terlihat jelas pada dua sisi yang berbeza. Ada tekstur yang boleh didapati bila kita mendekatkan diri pada subjek untuk memperbesar apa yang kita lihat, Tekstur juga muncul ketika cahaya menerpa sebuah permukaan dengan sudut rendah, membentuk bayangan yang sama dalam kawasan tertentu.








SHAPE / Bentuk
Salah satu formula paling mudah yang boleh membuat sebuah foto menarik perhatian dan memberi keutamaan pada sebuah elemen visual, sehingga objek utama dapat dikenal pasti. Untuk membuat bentuk/objek menonjol, anda harus mampu memisahkan bentuk tersebut dari lingkungan sekitarnya atau dari latar belakang yang terlalu banyak.





FORM / BENTUK
Form bertujuan untuk memberi kesan padat dan tiga dimensi. Hal ini merupakan faktor penting untuk mencipta kesan kedalaman dan realiti. Kualiti ini tercipta dari bentukan cahaya dan tone yang kemudian membentuk garis-garis dari sebuah objek. Faktor penting yang menentukan bagaimana form terbentuk adalah arah dan kualiti cahaya yang mengenai objek tersebut, sehingga memunculkan dimensi yang berbeza







PATTERN
Pattern merupakan pengulangan shape, garis dan warna adalah sebuah elemen visual yang dapat menjadi unsur penarik perhatian utama. Kewujudan pengulangan itu menimbulkan kesan ritmik dan harmoni dalam gambar. Tapi, terlalu banyak keseragaman akan menyebabkan gambar menjadi membosankan.

Rahsia penggunaan pattern adalah mencari variasi yang mampu menangkap perhatian pemerhati. Pattern biasanya paling baik diungkapkan dengan merata. Walaupun pencahayaan dan sudut bidikan kamera membuat sebuah gambar cenderung kurang kesan kedalamannya dan memungkinkan sesuatu yang berulangkali menjadi menonjol.




TUJUAN KOMPOSISI:

- Dengan menetapkan komposisi gambar, kita juga boleh membina "mood" suatu gambar dan keseimbangan keseluruhan objek foto.

- Menyusun penjelmaan idea menjadi sebuah penyusunan gambar yang baik sehingga wujud sebuah kesatuan / unity dalam karya.

- Melatih kepekaan mata untuk menangkap pelbagai unsur dan mengasah rasa estetik dalam peribadi fotografi.

No comments:

Post a Comment