NUFF

Friday, 7 April 2017

aperture



APERTURE
Berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya.Gelang ini perlu dipusing untuk mendapat lubang atau saiz yang dikehendaki.Saiz-saiz aperture ini diukue dalam nombor ‘f’ atau ‘f stop’.
   Saiz aperture yang kecil membenarkan hanya sedikit cahaya memasuki kamera berbanding dengan aperture yang besar.Setiap nombor ‘f’ disusun dalam bentuk atau bidang skala aperture2,2.8,4,5.6,8,11,16.Semakin besar nombor’f’,semakin kecil saiz bukaan aperture.
   Apabila kita menukar dari f/4 k f/5.6 atau f/5.6 ke f/8,cahaya yang memasuki kamera adalh separuh (1/2) dari cahaya nombor ‘F’ yang sebelumnya.Pertukaran ini adalah dari saiz aperture yang besar ke saiz aperture yang kecil.Penukaran dari saiz aperture yg kecil ke saiz aperture yg besar adalah sebaliknya.
   Lazimnya,perbezaan inibergantung pada harga dan model lensa serta kamera.sekiranya lensa itu mempunyai aperture dari f/1.4 ke f/32 maka,bidang skalanya ialah dari f/1.4 ke f/32.Pertukaran dari f/2 ke f/16 akan mengecilkan saiz aperture.Secara tidak langsung,cahaya yang memasuki lensa ke filem akan berkurangan.


\


Penggambaran di tepi pantai atau di bawah cahaya matahari terik memerlukan saiz aperture yg kecil(f/16 atauf/22).Ini bermakna,utk menahan cahaya yg berlebihan daripada masuk ke dalam kamer,kita perlu mengecilkan saiz aperture.Apabila keadaan cahay kuran atau di dalam bilik yg agak gelap,besarkan saiz aperture(f/2..8 atau f/2)utk membolehkan lebih banyak cahaya memasuki lensa.
 






No comments:

Post a Comment