NUFF

Friday, 7 April 2017

exposure



DEDAHAN
Dedahan merupakan jumlah cahaya menerusi lensa ke filem yg dikawal oleh kelajuan shutter dan saiz aperture.Dengan kata lain,dedahan merupakan kombinasi atau gabungan kelajuan shutter dan saiz aperture.Kelajuan shutter ialah jangka masa pembukann shutter sementara,saiz aperture akan mengawal kemasukan cahaya ke filem.Kelajuan filem juga mempengaruhi nilai dedahan.
Dari segi teknikal,meter kamera mungkin tidak dapat memberikan nilai bacaan yg tepat apabila subjek dipengaruhi oleh trlalu banyak cahay atau tidak dari keadaan biasa.Kamera membaca nilai cahaya dengan menggunakan photodiodes yg trletak di bahagian pentaprisma atau di bawah cermin satah.
Sewaktu memfokus atau sewaktu membaca nilai dedahan,cermin satah terletak pada sudut 45’ untuk membolehkan imej dibalikkan terus ke pentaprisma utk membolehkan anda melihat serta memfokus subjek.Apertur secara automatiknya akan trbuka luas pada nilai aperture yg terbesar utk membolehkan cahaya menerusi lensa dan membolehkan meter membaca nilai cahaya yg maksimum.Sebaik sahaja pelepas shutter ditekan,aperture dibuka pada saiz yg disetkan.Shutter juga dibuka dan ditutup mengikut kelajuan atau masa yg tlh disetkan sebaik sahaja cermin satah dinaikkan ke atas secara mekanikal kesemua operasi ini berjalan serentak dan sebaik sahaja selesai,kedudukan cermin satah,shutter dan aperture kembali ke tempat asalnya.



KOMBINASI DEDAHAN
Bererti kombinasi di antara kelajuan shutter dan saiz aperture utk membolehkan anda merakamkan imej fotogarfi.Untuk mengawal nilai cahaya atau dedahan-Kepekaan filem,kecerahan cahaya dan lam atau masa cahaya dibenarkan masuk ke dalam kamera mestilah dipertimbangkan.
Dari apa yg telah diketahui,Kepekaan filem diukur dalam ISO atau ASA,kecerahan cahaya dikawal oleh aperture dan lama atau masa cahaya dibenarkan masuk dikawal oleh shutter.Rajah berikut adalah salah satu 

contoh kombinasi dedahan.

Sebagai contoh,nilai dedahan 1/250 saat pada f/4 adalah sama dengan nilai dedahan 1/15 saat pada f/16 kecuali:

1.Kelajuan shutter 1/251 saat pada f/4 adalah lebih pantas berbanding dgn kelajuan shutter 1/15 saat pada f/16.

2.Saiz aperture f/4 pada kelajuan shutter 1/250 saat adlah lebih besar dari saiz aperture f/16 pada kelajuan shutter 1/15 saat.



No comments:

Post a Comment